Wednesday, July 22, 2009

Lawatan Kerja Ahli Parlimen Johor Bahru Ke Zon Larkin Pada 16 Julai 2009

Selatan: 300 pemilik tanah terima berita gembira

JOHOR BAHRU: Kira-kira 300 pemilik tanah di Kampung Baru Ungku Mohsin, di sini menerima berita gembira apabila kerajaan negeri meluluskan permohonan sambungan tempoh pajakan tanah masing-masing kepada 99 tahun. Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad, berkata sehingga kini sebilangan pemilik tanah di perkampungan terbabit yang menghantar permohonan sambungan pajakan, sudah diluluskan kerajaan negeri. "Keputusan kerajaan untuk menyambung semua tempoh pajakan tanah di negeri ini, bertepatan dengan manifesto saya dalam pilihan raya umum lalu, iaitu mengatasi masalah berkaitan dengan pemilikan tanah pajakan di kawasan Parlimen Johor Bahru," katanya di sini, kelmarin.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan gerak mesra ke beberapa kawasan di Parlimen Johor Bahru termasuk Dewan Raya Taman Datuk Onn, landasan kereta api di Larkin Jaya serta projek terbengkalai di Larkin Perdana. Awal bulan lalu, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) memaklumkan bahawa semua tanah pajakan akan disambung secara automatik selama 99 tahun sekiranya pemilik memohon tempoh sambungan. Shahrir berkata, tempoh pajakan di Kampung Baru Ungku Mohsin itu kini tinggal 33 tahun dan ia menimbulkan kegusaran di kalangan pemilik, selain menyebabkan ada hartanah di kawasan itu, tidak boleh dijual berikutan keengganan institusi kewangan memberi pinjaman.
Sementara itu, Shahrir berkata, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan memeriksa status projek terbengkalai di Larkin Perdana yang kini bertukar menjadi takungan air berikutan hakisan tanah. Katanya, projek itu sepatutnya untuk pembangunan bercampur, tetapi terbengkalai sejak lebih dua dekad lalu. Mengulas mengenai keadaan semak di sepanjang landasan kereta api antara Johor Bahru dan Kempas berdekatan Larkin Jaya, Shahrir berkata, beliau dimaklumkan kontraktor sudah dilantik untuk kerja pembersihan laluan berkenaan bagi mengelakkan sebarang kegiatan tidak diingini di kawasan itu. "Tiga tahun lalu kita mengesan kegiatan penagihan di kawasan itu dan pihak berkuasa sudah menyerbu kawasan berkenaan. Jadi, kegiatan itu mungkin berulang sekiranya tiada pihak yang memantau kawasan itu.
“Setakat ini, Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) sudah melantik kontraktor untuk menjalankan kerja pembersihan," katanya.
Selasa 21 Julai 2009 - Berita Harian Sdn. Bhd.


















































Tuesday, May 26, 2009

Terima kasih UMNO Bhg Johor Bahru



















Pada 23 Mei 2009 (sabtu) 2.30 petang kejadian mangsa ribut dikg ungku mohsin jalan Ahad serta dikawasan sekitar,terdapat pokok tumbang terkena sebuah rumah dan 2 buah kereta dan terdapat juga disekitar kawasan rumah yang tercabut bumbung serta pokok tumbang menghadang jalan raya,kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas kejadian tersebut kepada Ahli Majlis MBJB Kawasan Zon Larkin,Ketua kampung serta Jabatan kebajikan masyarakat dan ketua-ketua masyarakat setempat mengambil tindakan segera diatas kejadian tersebut.

Pada hari yang sama kejadian mangsa ribut juga terlibat di Taman Sinaran Kempas dibawah jagaan cawangan Kg, Ungku Mohsin terdapat 8 buah rumah termasuk surau,pihak cawangan mengucapkan terima kasih kepada biro kebajikan Parliman Johor Bahru yang datang mengambil tindakan segera dalam permasalan tersebut untuk membeli peralatan seperti bumbung ,rabung,paku,kayu dan bagi pihak cawangan untuk membaik pulih rumah tersebut dibuat secara gotong royong .tidak lupa juga pihak kami mengucapkan terima kasih kepada AJK Bhg,Pemuda Bhg serta biro pembangunan & setingan dan pemimpin setempat serta orang ramai .

Ucapan

Friday, May 22, 2009

SEJARAH UMNO KG UNGKU MOHSIN

UMNO Cawangan Kg Ungku Mohsin telah ditubuhkan pada tahun 1980 dengan keahlian awal seramai 170 orang. Cawangan ditubuh atas prinsip perjuagan rakan-rakan yang terdahulu memandangkan UMNO sebuah parti yang memperjuangkan Agama,Bangsa dan Negara.
Kawasan penempatan UMNO Cawangan adalah di sebuah kampung baru dalam kawasan Larkin, kawasan DUN Tanjung Puteri dan Parlimen Johor Bahru.
Kebanyakan ahli cawangan sekarang tinggal di penempatan sementara yang dipanggil Taman Sinaran Kempas berikutan dengan perubahan semasa.

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG UMNO KG UNGKU MOHSIN

Selamat datang semuga kita terus bersama